Tentang Kami


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

KEK LAPIS SARAWAK BUNGA TANJONG pasti akan membuatkan seolah-olah seperti anda berada di bumi kenyalang, Sarawak. Rasa sememangnya asli, dengan mutu pembuatan dan bahan-bahan yang terpilih dan semestinya halal. Kek Lapis Sarawak Bunga Tanjong diterbangkan terus dari kilang kami di kuching, sarawak terus kepada anda dengan harga yang berpatutan dan dijamin ketulenan dari segi rasa, mutu dan kesegarran aromanya.
KEK LAPIS SARAWAK BUNGA TANJONG yang kami tawarkan mementingkan kepuasan baik dari segi rupabentuk & rekaannya serta pastinya memenuhi selera anda. Dibuat dalam pelbagai saiz yang pastinya menjadi pilihan samaada untuk hari perayaan, majlis-majlis keramaian, perkahwinan, hantaran kahwin, hadiah pintu dan sebagainya.

Jenis Kek Lapis Sarawak Bunga tanjong :

Kek Lapis Anyaman

Saiz kek ini mengikut standard metrik (panjang x lebar x tinggi)mm dan beratnya ialah dalam saiz mengikut jenis iaitu (200x200x74)mm-2.8kg. Produk Kek Lapis Sarawak Bunga Tanjong  yang dihasilkan di antaranya ialah Kek Lapis Anyaman Pua Kumbu (2.8kg), Marina (2.8kg), Citrawarna (2.8kg), Lola (2.8kg) & Terendak (2.8kg). Terdapat juga di dalam saiz satu pertiga daripada saiz yang telah dinyatakan. (Khas untuk hatantaran pertunangan, perkahwinan dan sebaigai cendera hati yang mempunyai nilai simbolik yang tersendiri)

Kek Lapis Tradisi

Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Chunky Cadbury dan Kek Lapis Masam Manis antara produk keluaran Kek Lapis Sarawak Bunga Tanjongi. Saiz kek mengikut standard metrik ialah (200x200x60)mm yang mempunyai berat 2.6 kilogram. Kek ini juga terdapat dalam di dalam saiz satu pertiga dan separuh daripada saiz penuh yang telah dinyatakan. (Antara kek lapis yang menjadi pilihan dan paling laris permintaannya)

Kek Lapis Roll

Antara keluaran Kek Lapis Sarawak Bunga Tanjong bagi kek lapis roll ialah Roll Chona, Roll Strawberi, Roll Kipas, Roll Viva, Roll SpiderWeb & Roll Gadjet. Terdapat dalam satu saiz mengikut saiz metrik iaitu 200x40x40)mm-400g.  (amat di gemari sebagai pencuci mulut, hidangan untuk perayaan dan sebagai hadiah pintu)

selamat mencoba, rasa sekali pasti maok agik